Pendudukan Jerman ke atas Luxembourg semasa Perang Dunia II

Pendudukan Jerman ke atas Luxembourg dalam Perang Dunia II bermula pada bulan Mei 1940 selepas Kerajaan Luxembourg diceroboh oleh Jerman Nazi.[1] Walaupun Luxembourg secara rasminya negara yang berkecuali, ia terletak pada kawasan strategik di penghujung Garis Maginot Perancis. Pada 10 Mei 1940, Wehrmacht Jerman menceroboh Luxembourg, Belgium dan Belanda. Luxembourg pada awalnya diletakkan dibawah pentadbiran tentera, tetapi kemudian menjadi sebuah wilayah yang ditadbir secara awam dan akhirnya diilhak kedalam Jerman. Pihak Jerman mempercayai Luxembourg menjadi negara Germanik, dan berusaha membuang pengaruh budaya dan bahasa Perancis. Walaupun sesetengah rakyat Luxembourg menyertai pemberontak atau bersekongkol dengan pihak Jerman, kedua-duanya terbentuk dari penduduk minoriti. Selaku warganegara Jerman, sejak tahun 1942, ramai rakyat Luxembourg dikerah masuk kedalam angkatan tentera Jerman. Hampir 3,500 orang Yahudi Luxembourg telah dibunuh semasa Holokus. Pembebasan negara itu oleh Pihak Bersekutu bermula pada September 1944, tetapi disebabkan Penyerangan Ardennes ia tidak selesai sehingga awal tahun 1945.

Rujukan

WikiPedia: Pendudukan Jerman ke atas Luxembourg semasa Perang Dunia II http://totallyhistory.com/german-occupation-of-lux... http://www.onsstad.lu/uploads/media/ons_stad_71-20... http://www.cna.public.lu/1_FILM/EnSavoirPlus/dossi... http://www.luxembourg.public.lu/catalogue/histoire... http://www.secondeguerremondiale.public.lu/fr/acte... http://onsstad.vdl.lu/uploads/media/ons_stad_71-20... http://onsstad.vdl.lu/uploads/media/ons_stad_71-20... http://onsstad.vdl.lu/uploads/media/ons_stad_71-20... http://onsstad.vdl.lu/uploads/media/ons_stad_71-20... //doi.org/10.1017%2Fs0018246x00009304